Sheikh Haikel

Sheikh Haikel Sheikh Salim Bajrai (شيخ هيكل شيخ سليم Šayḫ Haykal Šayḫ Salīm, lahir 10 Oktober 1975) ialah rapper, pelakon dan personaliti radio Singapura. Beliau memenangi pertandingan bakat Asia Bagus pada tahun 1991. Sebagai personaliti multi media dengan banyak tugas di radio, televisyen, filem, dan panggung, beliau telah menghasilkan tiga album studio dan banyak album lagu single hingga kini.[1] Beliau kini mengendalikan sekolah muzik di Kuala Lumpur di mana mereka mengajar pelbagai genre muzik termasuk, Hip Hop, Classical dan Rock.

Sheikh Haikel

Pekerjaan Penyanyi, rapper, pelakon, personaliti radio
Pasangan Anna Belle Francis
Anugerah Pemenang Asia Bagus 1991
Anak 3
Tahun aktif 1991–kini
Warganegara Singapura
Laman web www.sheikhhaikel.com
Kelahiran Sheikh Haikel bin Sheikh Salim Bajrai
(1975-10-10) 10 Oktober 1975 (umur 44)
Singapura